Zalif Sidek Diikat Bogél Pada Tiang Sekolah

Zalif Sidek kami akui semakin menempa nama sejak akhir-akhir ini dan merupakan diantara bakat baru yang semakin menyerlah namanya tinjauan keluaran ‘Kilang MIG’.

Kini Zalif muncul lagi dengan filemnya yang terbaru iaitu ‘Pada Suatu Cinta Dahulu’ lakonan bersama Wawa Zainal dan juga Intan Ladyana. Membawa watak sebagai Rudy seorang samseng di sekolah, Zalif memaklumkan kepada kami yang ini merupakan filemnya yang pertama bukan bersifat komedi.

Berkesempatan menonton Tayangan Perdana ‘Pada Suatu Cinta Dahulu’ pada Isnin lalu, kami tertarik dengan beberapa babak ‘separuh bogelnya’ terutama sewaktu dia di ikat ditiang sekolah dalam keadaan tanpa seurat benang,

Mengulas perkara tersebut Zalif pantas memaklumkan bahawa itu hanyalah sekadar lakonan sahaja bagi menjiwai wataknya didalam filem ini.


Ujarnya “Dalam filem ini hampir 70% saya tidak berpakaian dan ya saya sudah sedia untuk menerima kritikan dari penonton yang menonton ‘Pada Suatu Cinta Dahulu’ nanti. Kenapa saya berani membawakan watak sebegini adalah kerana mahukan pengalaman dan cabaran dalam lakonan. Lagipun saya mahu cuba sesuatu yang lain. Tapi ini adalah kali pertama dan terakhir saya akan bawa watak sebegini.”

“Lagipun saya tak kesah jika apa yang saya tonjolkan pada filem ini nanti menjadi bahan kutukan kerana saya sekadar menghayati sebaik mungkin watak yang diberikan kepada saya sebagai seorang pelakon.”

Untuk makluman ‘Pada Suatu Cinta Dahulu’ merupakan filem yang ke-73 terbitan MIG dan bakal menemui anda dipawagam pada 21 Februari 2013.-buahmulut.com

Posting Komentar