VIDEO HERO…’Ikon’ Kucing Yang Dizalimi Ditemui Mati Akibat Leukimia




SEEKOR kucing yang pernah popular di laman YouTube kerana ‘keunikannya’  selepas kudung akibat dipotong dengan kejam kerana mencuri ikan di sebuah pasar,  ditemui mati hari ini.

Untuk rekod, Hero atau Abam Iyo, telah diselamatkan penjaganya sekarang, Papa Hero sewaktu kakinya dikerat oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab beberapa tahun lalu.

Namun baru-baru ini, kucing itu disahkan menghidap Leukimia, menurut entri blog Beautifulnara hari ini.

Kisah Hero akan kekal dalam ingatan bagi para pencinta haiwan kerana kucing itu dilabel sebagai ‘ikon’ bagi menentang kezaliman dan kekejaman terhadap haiwan.

Anda boleh mengunjungi laman Facebook Kakimotong Fan Club untuk kemas kini berkaitan kucing unik bernama Hero ini.

sumber:

Posting Komentar