Siti Saleha Selesa Berlakon Filem Romantik


Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha mengakui lebih selesa berlakon dalam filem yang mengangkat tema romantik sebagai jalan ceritanya.

Namun, itu tidak bermakna dia akan menolak sebarang tawaran lakonan bagi genre yang berlainan pula sebaliknya Saleha ingin menjadi aktres serba boleh dan versatile dalam kariernya.

“Kalau boleh saya mahu menjadi seorang pelakon yang versatile, saya ingin menjadi seorang orang yang balance, boleh melakonkan watak komedi romantik, aksi dan pelbagai watak lain lagi,” jelasnya yang dipetik menerusi portal Gua.

Filem terbaharu lakonan Saleha berjudul Balada Pencinta menggandingkannya dengan Johan As’ari dan bakal menemui penonton di pawagam bermula pada 24 Oktober ini.

Dalam perkembangan lain, aktres yang berasal dari Taman Seri Andalas, Klang ini juga mengakui hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang jejaka Eropah yang menetap dan bekerja di sini.

Oleh: AUDREY LEE

Posting Komentar